PERJALANAN
Perjalanan yang indah, angin tiup sepoi sepoi bahasa, tiada kedengaran bunyi hon tetapi bingit dengan alunan chip chip burung berkicauan. Udara yang disedut supp segar dan nyaman sejuk terasa. Alangkah indah perjalanan seperti ini tetapi ini semua hanyalah mimpi semata - mata. Sahabat, Satu perjalanan yang kau impikan bukanlah seindah yang kau sangka. Satu perjalanan yang pada realitinya penuh dengan pancaroba. Disini juga kau juga akan diuji sama ada kau mampu atau tidak. Disini kau akan lebih jauh mengenali diri kau seadanya. Disini juga akan tahu kekuatan fizikal dan mental kau bagaimana. Semuanya bermula disini. Sahabat, Segala pilihan kau telah kau uruskan dengan sebaik yang mungkin dan disinilah garisan permulaan kau untuk kau mula berganjak mencapai apa yang kau mahu didalam dunia ini. Aku ingatkan kau sekali lagi, perjalanan ini pada awalnya sakitnya yang tak terperi tetapi kau boleh lakukan dan akhirnya kemanisan itu kau sahajalah yang dapat merasa betapa mani...