Posts

Showing posts from February, 2020

PERJALANAN

Perjalanan yang indah, angin tiup sepoi sepoi bahasa, tiada kedengaran bunyi hon tetapi bingit dengan alunan chip chip burung berkicauan. Udara yang disedut supp segar dan nyaman sejuk terasa. Alangkah indah perjalanan seperti ini tetapi ini semua hanyalah mimpi semata - mata. Sahabat, Satu perjalanan yang kau impikan bukanlah seindah yang kau sangka. Satu perjalanan yang pada realitinya penuh dengan pancaroba. Disini juga kau juga akan diuji sama ada kau mampu atau tidak. Disini kau akan lebih jauh mengenali diri kau seadanya. Disini juga akan tahu kekuatan fizikal dan mental kau bagaimana. Semuanya bermula disini. Sahabat, Segala pilihan kau telah kau uruskan dengan sebaik yang mungkin dan disinilah garisan permulaan kau untuk kau mula berganjak mencapai apa yang kau mahu didalam dunia ini. Aku ingatkan kau sekali lagi, perjalanan ini pada awalnya sakitnya yang tak terperi tetapi kau boleh lakukan dan akhirnya kemanisan itu kau sahajalah yang dapat merasa betapa mani...

PILIHAN

Kanan atau kiri? Pilihan semua atas diri kau sendiri. Tiada sesiapa yang dapat menentukan jalan cerita hidup kau selain diri kau sendiri. Andai itu apa yang kau pilih, itulah jalan kau dan itulah cerita kau. Andai kanan, kananlah, tapi andai kiri yang kau pilih, kirilah. Risiko diatas tangan kau sendiri. Masih tak dapat apa yang aku ingin sampaikan? Sahabat, Apa yang aku ingin sampaikan bukanlah sepenuhnya tersirat tetapi penuh dengan tersurat. Apa yang selama ini kau nak, sebenarnya kau boleh lakukan, ye betul, kau boleh! Kata – kata yang kau selalu sebut, permintaan kau yang tak pernah habis itu, ye, percaya cakap aku, kau boleh lakukan! Tapi dengan satu syarat. Apa syarat yang kau perlu kau buat untuk kau penuhi setiap apa yang kau nak? Satu perkataan yang memberi banyak makna, Tindakan. ye, kau perlukan tindakan sekarang. apa yang kau nak selama ini akan berjaya dengan Izin-Nya. Bertindak segera! Bila kau asyik menanggug kerja kau, aku tanya semula pada kau? Apa yang ka...