PILIHAN


Kanan atau kiri?
Pilihan semua atas diri kau sendiri. Tiada sesiapa yang dapat menentukan jalan cerita hidup kau selain diri kau sendiri. Andai itu apa yang kau pilih, itulah jalan kau dan itulah cerita kau. Andai kanan, kananlah, tapi andai kiri yang kau pilih, kirilah. Risiko diatas tangan kau sendiri. Masih tak dapat apa yang aku ingin sampaikan?

Sahabat,

Apa yang aku ingin sampaikan bukanlah sepenuhnya tersirat tetapi penuh dengan tersurat. Apa yang selama ini kau nak, sebenarnya kau boleh lakukan, ye betul, kau boleh! Kata – kata yang kau selalu sebut, permintaan kau yang tak pernah habis itu, ye, percaya cakap aku, kau boleh lakukan! Tapi dengan satu syarat. Apa syarat yang kau perlu kau buat untuk kau penuhi setiap apa yang kau nak? Satu perkataan yang memberi banyak makna, Tindakan.ye, kau perlukan tindakan sekarang. apa yang kau nak selama ini akan berjaya dengan Izin-Nya. Bertindak segera! Bila kau asyik menanggug kerja kau, aku tanya semula pada kau? Apa yang kau dapat? Kosong. Faham sekarang? Apa lagi, bangunlah!

Katakanlah wahai sahabat,

Andai kau itu seorang pelajar, buat waktu ini kau nak berjaya dalam pelajaran. Tidak kira sama ada kau nak berjaya dalam peperiksaan umum atau sebaliknya. Bersungguhlah dalam membuat apa yang kau buat! Hasil itu untuk kau juga, bukan diri orang lain dapat merasa tetapi mereka hanya tumpang gembira yang tidak akan kekal lama tetapi ini semua untuk kau yang mana perkara ini akan sentiasa berada dalam kamus hidup kau yang bertajuk “  Perkara yang paling indah dalam kehidupan”
Andai kau ini seorang pekerja, buat waktu sekarang apa yang kau mahu? Apa yang ku sangka kau mahu dipermudahkan segala urusan kerja kau? Kau mahu hidup dalam keadaan senang? Semua permintaan kau ini, Aku jamin sekali kau boleh lakukan untuk kau dapat apa yang kau mahu.


Sahabat,

Semuanya bermula dengan tindakan dan semua itu bermula dengan atas pilihan kau sendiri. Bukan ibu, bukan ayah, bukan atok, bukan nenek dan bukan adik – beradik kau. Banyak lagi aku nak tulis, habis satu page untuk senaraikan kaum kerabat kau saje nanti. Ingat, bukan mereka, tetapi kau sendiri. Sama ada kau nak, kau bertindaklah. Tapi sama ada kau tak nak, aku berani cakap, kau tanggunglah risiko atas keputusan kau itu. Sebab yang nak berjaya, kau. Nak hidup senang, kau. Apa yang mereka bantu itu, sesungguhnya datang dari Dia.

Andai kau bertindak, aku bangga dengan kau sebab semangat aku dapat dikongsi. Tetapi andai kau masih berdiam, itu pilihan kau, aku tidak memaksa tetapi aku nak ingatkan bahawa “tak senang nak senang, tak susah nak susah”
Fikir tentang masa depan kau supaya kau tak merana kemudian hari.

Comments

Popular posts from this blog

UJIAN

PERJALANAN