PERJALANAN

Perjalanan yang indah, angin tiup sepoi sepoi bahasa, tiada kedengaran bunyi hon tetapi bingit dengan alunan chip chip burung berkicauan. Udara yang disedut supp segar dan nyaman sejuk terasa. Alangkah indah perjalanan seperti ini tetapi ini semua hanyalah mimpi semata - mata.

Sahabat,

Satu perjalanan yang kau impikan bukanlah seindah yang kau sangka. Satu perjalanan yang pada realitinya penuh dengan pancaroba. Disini juga kau juga akan diuji sama ada kau mampu atau tidak. Disini kau akan lebih jauh mengenali diri kau seadanya. Disini juga akan tahu kekuatan fizikal dan mental kau bagaimana. Semuanya bermula disini.

Sahabat,

Segala pilihan kau telah kau uruskan dengan sebaik yang mungkin dan disinilah garisan permulaan kau untuk kau mula berganjak mencapai apa yang kau mahu didalam dunia ini. Aku ingatkan kau sekali lagi, perjalanan ini pada awalnya sakitnya yang tak terperi tetapi kau boleh lakukan dan akhirnya kemanisan itu kau sahajalah yang dapat merasa betapa manisnya kejayaan tersebut lebih manis dari kata – kata aku ini.

 Aku ingatkan kau bukan tujuan aku untuk menakutkan kau, tetapi aku ingatkan kau untuk kau berani dan sahut cabaran aku. Aku tahu, akan sampai masa kau rasa nak terjatuh atau kau memang dah tersungkur, aku tahu sebab aku pernah alami apa yang kau pernah alami tetapi tiada sesiapa yang mampu mengapditasikan dalam sesebuah karya.

 Apa yang aku boleh cakap, bangunlah! Baru luka sikit, takkan nak mengalah. Bayangkan kau dalam satu perlumbaan yang mana kau nampak ganjarannya yang lumayan. Pada larian itu kau tersungkur dan kau mampu untuk bangun mengejar semula. Aku tanya pada kau, adakah kau bangun? Tepuk dada, terasa sakitnya. Apa asbab kau untuk tidak bangun? Mengalah? Kau nak menangis? Nangislah sekuat – kuatnya supaya pada hari yang akan datang kau bukan lagi menangis kesakitan tetapi menangis kegembiraan.

Apa yang kau dapat sekarang, itu rezeki kau sekarang. Janganlah sombong, rezeki itu datang dari Allah. Satu hari nanti, kau akan dapat lagi pelbagai rezeki bila kau bersyukur serta bersabar dan hidup kau sentiasa berkat. Aamiin.
Kau yang sedang mengejar kejayaan seumpama kau sedang berlari untuk kemenangan. Kau jatuh dan terus bangun, kau akan dapat tetapi andai kau jatuh dan tidak mahu bangun, kau gagal.

Comments

Popular posts from this blog

PILIHAN

UJIAN